Thursday, November 19, 2009
Tuesday, October 20, 2009
Perkelahan di Pulau Manukan
salam semua..
Pulau Manukan..memang cantik..rugi sape yg lom pg lagi..jom la dtg ke Sabah..Air laut yg jernih..nampak ikan lg tu..mmm..jauh la beza keindahnya dgn Port Dickson..Isnin (19 Oktober 2009) yg lepas saya dan kwn2 yg baru dtg sbg seorg pendidik di Sabah. kami seronok sgt dpt bersama-sama berkelah di Pulau Manukan..Aida, Syam, Ain dan Aizah.. Seronok g picnic dgn diorg ni..hilang semua stress.. tengok la kami..sebelum, semasa dan selepas.. x lekang senyum dan gelak ketawa kami sepanjang kami di Pulau Manukan..cuba tengok tu semua tayang gigi..hehe..
Monday, October 12, 2009
PERSEDIAAN KE PERKHEMAHAN JAMBORI PENGAKAP MRSM SE-MALAYSIA
Ni tgh praktis wat ikatan..Suhey, Donn, Akiff, Zul, Fadhil..yg jd pelerhati tu si Harraz..
Tempat : MRSM Lenggong, Perak
Tarikh : 12-16 Oktober 2009
Kumpulan : 17 Kawang, Sabah
"Orait Nopo"
Salam semua.. Jambori pengakap.. setahun sekali..kali ni..wat persediaan boleh tahan jugak la..cuma bajet jer kena cut2 ckit..anyway papepun diorang sentiasa bersemangat.. skrg diorg ni sedang berperang kat MRSM Lenggong, Perak dari 12 Oktober 2009 (Isnin) lagi.. Ketua Kem Komanden untuk Jambori kali ni ialah Akiff Zafarudeen yg dibantu oleh Nixxon dan Harraz.. Saya rindu sgt kat kamu semua..x sbr nak dengar berita baik daripada korang..Saya sentiasa doakan kejayaan untuk maktab kita.. KOKI boleh bah!!..Sabtu ni diorang balik.. Doakan kejayaan kami..harap apa yg diusahakan selama ni berbaloi..mudah2an..insya-Allah..amin..
Sunday, October 4, 2009
Monday, September 14, 2009
Friday, September 11, 2009
berpuasa di Tawau..
nak citer sikit semasa saya pegi makan angin di Tawau meskipun masa tu masuk 2 Ramadan.. tp x penat pun.. cuma cuaca panas ckit kat tawau berbanding d kk.. syok jalan2 kat sana.. yang paling best pg bazar Ramadan kat bandar Tawau tu.. macam2 ada.. rambang mata dibuatnya..
ni gambar saya dgn kwn (aida) kat rumah adik angkat saya kat kg. air di tg. batu laut.. yang xkan pernah saya lupa saat2 dikejut bangun sahur oleh anak2 bujang kampung tu... siap ada bunyi gendang n kompang lagi.. tp awal sgt la diorang kejutkan kami bangun sahur.. masa tu jam 2.30 pg.. apa lg kami pun tido blik..jam 4 baru bangun sahur.. kan bagus klu lewat2kan sahur...
insaya-Allah mak.. kami akan ke sana lg.. terima kasih untuk mak dan adik2 d tawau..
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA.. dan salam aidilfitri kepada semua pembaca setia.. salam..
Monday, August 17, 2009
Istiadat Penganugerahan Lencana Pengakap Raja
Program Tamat Latihan Ko-Q
Thursday, August 6, 2009
Istighfar Kepada Allah S.W.T
Tuesday, August 4, 2009
Malam Nisfu Sya'ban..
Bulan Sya‘ban merupakan persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti membanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama pd waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada pd bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat pd bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda yang bermaksud:
“Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan bulan yang diangkat kepadanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku diangkat ketika aku berpuasa”.. (HR an-Nasaie)
Malam Nisfu Sya‘ban
Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlu-kNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)
Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah antara malam yang dikabulkan doa. Mengambil pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada
Kita boleh Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan membanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran..
Kenali Daku
PENGAKAP.. persatuan yang paling membawa makna, pengalaman dan paling banyak kenangan.. aku sanggup berkorban masa, tenaga dan jugk kos.. besa la.. demi pengakap.. hidup scout selamanyer.......
suka... membaca kot.. travel..camping activities.. nonton wayang.. nasi ayam mak..warna oren..