Monday, August 17, 2009

Istiadat Penganugerahan Lencana Pengakap Raja

11 Ogos 2009... Tarikh keramat saudara Asnawi Saidin.. exstudent MRSMKK atau anak Homeroom aku sendiri telah disematkan lencana Pengakap Raja di uniform pengakap miliknya sempana sambutan Hari Pengakap Negeri Sabah dan Istiadat Penganugerahan Sijil serta Lencana Pengakap Raja peringkat negeri Sabah 2009 yang telah diadakan di Istana Sabah.. Dia bekerja keras untuk memperoleh sijil yang telah ditandatangani oleh 9 org sultan dan termasuk TYT Sabah sendiri.. TAHNIAH yang tidak terhingga untuknya... Kini Asnawi menuntut di UMS mengambil jurusan kedoktoran.. semoga terus berpengakap dan apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan ...amin...

Program Tamat Latihan Ko-Q


pada 31 Julai - 1 Ogos 2009 yang lalu.. MRSM Kota Kinabalu tlh mengadakan Program Tamat latihan bg para pelajar tingkatan 3 dan 5.. Pengakap telah menjadi johan dalam pelagai aktiviti yang dipertandingkan antaranya masakan rimba, gajet, orienteering,kawad kaki dan secara x langsung menjadi johan keseluruhan.. pengakap bagus bah.. aku respect kat sume bdk scout.. semangat dan jati diri yang begitu kental demi menjayakan program ni.. TAHNIAH untuk sume!!!!..

Thursday, August 6, 2009

Istighfar Kepada Allah S.W.T


ISTIGHFAR.. kalimat yg sgt pendek, tp memiliki makna yg sangat dahsyat, sgt dalam, sgt indah dalam hidup kita sebagai hamba-Nya. Istighfar memiliki 2 makna. pertama, setiap kali kita mengucapkan astaghfirullahal'adzim, bererti kita minta ampun kpd Allah, minta dimaafkan kesalahan kita, minta ditutupi aib2 kita. Semakin kerap kita beristighfar maka semakin bersih diri kita daripada dosa, kesalahan dan aib2 kita kerana Allah sgt menyukai hamba-Nya yg terus beristighfar. Hal ini jg tidak satu pun antara kita yg bersih drpd dosa , maka istighfar adalah kewajipan dan keperluan kita , agar Allah mengampuni dosa2 kita dan memaafkan kesalahan kita serta menutup aib kita. Kedua, setiap kali kita mengucapkan astaghfirullahal'adzim, bererti kita minta kpd Allah, mohon kpd Allah agar Allah memperbaik hidup kita menguatkan akidah kita, membuat kita nikmat dlm ibadah khusyuk, menjadikan akhlak kita mulia

Tuesday, August 4, 2009

Malam Nisfu Sya'ban..


Bulan Sya‘ban merupakan persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti membanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama pd waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada pd bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat pd bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda yang bermaksud:

“Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan bulan yang diangkat kepadanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku diangkat ketika aku berpuasa”.. (HR an-Nasaie)

Malam Nisfu Sya‘ban

Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlu-kNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)


Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah antara malam yang dikabulkan doa. Mengambil pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama pd bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”

Kita boleh Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan membanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran..

Kenali Daku




Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada sume pembaca blog...


pembaca sume boleh panggilku kirani.... asal Batu Pahat, Johor.. menetap di Batu kikir jambatan bosi..Negeri Sembilan.. belajar dulu kat Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor dan kini bekerja di salah satu institusi pendidikan di Kota Kinabalu, Sabah bah...


HOKI.. sukan yang begitu sinonim dalam hidupku.. dari sekolah sampai aku ke menara gading aku masih meneyertai sukan ni..


PENGAKAP.. persatuan yang paling membawa makna, pengalaman dan paling banyak kenangan.. aku sanggup berkorban masa, tenaga dan jugk kos.. besa la.. demi pengakap.. hidup scout selamanyer.......

suka... membaca kot.. travel..camping activities.. nonton wayang.. nasi ayam mak..warna oren..